Hari ini 14 April 2010 AD telah ke Hotel Le-Meridien untuk menghadiri satu perbincangan dengan JASA sambil breakfast pada jam 9 Pagi. AD telah diamanahkan untuk mencari blogger – blogger yang berada di KK. Satu cabaran kepada AD sebab AD masih baru di KK dan rakan blogger masih kurang. Oleh kerana Pengarah JASA Sabah Ustaz Haji Abd Manap telah mengamanahkan AD untuk mencari blogger di KK, AD pun dengan melakukan tugas yang diamanahkan itu sebaik mungkin. Wow. Memang sangat mencabar mencari blogger di KK. Iklan sana sini dan akhirnya AD dapat menjemput 5 orang blogger untuk menghadiri perjumpaan tersebut. Fazly, Cik Kasmah, Tuan Lidis Singkung dan Tuan Malindo Joslan Abdullah. Hanya Fazly yang AD kenal ketika ini kerana AD sekuliah dengannya. Cik Kasmah dan Tuan Lidis Singkung pula baru sahaja berkenalan. Begitu juga dengan Tuan Malindo. Namun, Tuan Malindo menarik diri disaat akhir kerana beliau ada urusan lain.
Maka, bermulalah acara itu tepat pukul 9.00 Pagi. AD dan blogger yang lain memulakan dengan Breakfast. Kira – kira jam 9.30 Pagi begitu, pemikir JASA Tuan Yahya Abdullah memulakan perbincangan tentang isu – isu semasa. Antara perbincangan yang dibentangkan oleh beliau ialah menerangkan dengan pembangunan Malaysia dari kemerdekaan Malaysia sehingga lah sekarang. Antara kata semangat beliau ialah “Saya berasal dari keluarga yang susah. Ayah saya kata jangan ulangi kesusahan ini. Jadi, saya pun ikut kata Ayah. Kesimpulannya disini jangan ulangi kesilapan atau kekurangan pada masa dahulu”
Kemudian topik seterusnya berkenaan dengan kekurangan infrastruktur di Sabah. Pada mulanya, kami rancak memberikan masalah di Sabah. Antaranya isu yang hangat ketika ini iaitu Isu Royalti Minyak, Kemudahan Jalan Raya dan Kemudahan air dan elektrik. Dengan penerangan yang beliau bagi, kami mula memahami situasi sebenar. Katanya, “Bayangkan kita nak sambung elektrik untuk satu kelompok kecil dalam pendalaman yang beratus kilometer dari stesen janakuasa. Kosnya bukan sikit.” tambahnya lagi,”walaupun begitu, masalah – masalah tersebut bukan lah tidak dapat diselesaikan. Ianya dalam proses untuk menaiktaraf infrastruktur di Sabah. Bukannya mudah untuk kita menyelesaikan masalah itu secepat mungkin. Ianya akan diselesaikan secara berperingkat.”
Sebagai blogger, memang kita mempunyai kebebasan bersuara. Tapi, kena beringat. Bukannya kebebasan bersuara dengan mulut yang celupar. Renung – renungkan lah.
Popularity: 20% [?]
![Ahmaddon[dot]Com (AD)](http://www.ahmaddon.com/wp-content/uploads/2010/04/logo-copy.png)




