Dilarang Mencarut!.
tutup
Apr
2

Apa yang AD buat dalam bulan MARCH ?


Sorry kepada pengunjung blog yang tak seberapa ini. Bulan ini AD sangat sibuk dan no idea untuk mengupdate blog. Jadi, malam ini (1 April 2010) AD ingin mengupdate blog ini walaupun idea itu kurang. Disini AD nak cerita apa yang AD buat dalam bulan MARCH ini. Jom mulakan :)

1st Week
Seperti biasa. Tiada yang istimewa. (d>.<b)

2nd Week
Saya berjumpa dengan Pak Ben di Secret Recipe. Ini lah kali pertama saya berjumpa dengan Pak Ben. Sebelum ini kami hanya berbual – bual melalui facebook. Tujuan asal perjumpaan terpaksa dirahsiakan. Tujuan lain perjumpaan itu ialah berbincang tentang Program Rekreasi dan Keilmuan di Jakarta – Jogjakarta – Bandung. Setelah berbincang tentang aktiviti, iklan, aturcara dan lain – lain. Setelah habis berbincang, AD pulang untuk membuat iklan serta aturcara untuk program rekreasi dan keilmuan dan Pak Ben meluangkan masa dengan keluarga. Dalam minggu itu, AD sibuk untuk membuat aturacara dan iklan. Bukan mudah untuk membuat iklan. Banyak yang perlu diubah mengikut kehendak dan citarasa Pak Ben. Namun, AD tetap bersemangat untuk membuat iklan tersebut kerana ianya merupakan tanggungjawab yang diamanahkan (untuk melihat hasilnya, sila ke entri sebelumnya). Dihujung minggu, AD berada di Sandakan untuk hadir ke majlis perkahwinan Mohd Bashar(Mamat) dan Noorlizah(Miow) di Sri Taman. Seperti biasa, AD menjadi jurugambar dan jurukamera ketika itu.
* Sangat gembira sebab dapat berjumpa dengan salah seorang mentor ku.

3rd Week Continue Reading…

Popularity: 24% [?]

Jan
1

Bibliografi Tuan Awang Rahim @ Pak Ben


Latar Belakang Tuan Awang Rahim Haji Awang Ali @ Pak Ben Ketua Perhubungan PAPTI Sabah
Tuan Awang Rahim Haji Awang Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ben merupakan anak ketiga dari 10 orang adik beradik kepada Tuan Haji Awang Ali Tamin dan Allahyarhamah Hajjah Juari bte Abd Rahim.

Persekolahan awal beliau di Sekolah Rendah Kebangsaan Mempagar, Beaufort. Kemudian melanjutkan Sekolah Menengah di Semenanjung Malaysia atas tajaan Biasiswa Anak Negeri Sabah. Di peringkat pengajian Tinggi ke Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1975 dan 1978 dan seterusnya ke Institusi Pertanian Bogor (IPB), Indonesia untuk program Sarjana Pertanian dalam bidang Agronomi.

Semasa di Universiti beliau banyak melibatkan diri dalam aktiviti – aktiviti kemahasiswaan sepertiPersatuan Kebangsaan Pelajar – pelajar Malaysia di
Indonesia atau PKPMI. Antara jawatan yang disandang adalah Setiausaha Agung dan Yang di-Pertua Persatuan Pelajar. Sekembalinya ke Negeri Sabah, beliau terpilih sebagai yang Di Pertua Persatuan Bekas Pelajar Sabah yang pernah menuntut di Republik Indonesia. Sekarang ini menjadi Ketua Perhubungan Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia atau PAPTI bagi Negeri Sabah dan juga salah seorang exco PAPTI Pusat.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pertanian Pembangunan di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah selama 9 Tahun. Sebelum berhijrah ke kumpulan Yayasan Sabah. Sekarang ini beliau bertugas sebagai Pengurus di Bahagian Sumber Manusia dan Perkhidmatan Korporat.

Komitmen dan minat beliau dalam pembangunan belia semasa dalam perkuliahan di universiti tidak pernah terhenti dan ianya diteruskan semasa berkerja dalam
perkhidmatan awam negeri. Pada tahun 1995, beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Majlis Belia Sabah yang pertama. Sepanjang tempoh pengelibatan dalam pergerakan belia, beliau telah diberi kepercayaan menganggotai berbagai Jawatankuasa Pembangunan Belia di peringkat negeri dan negera seperti Biro Kebudayaan dan Sukan Majlis Belia Malaysia (MBM) 1997 – 1998 sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana Rakan Muda Peringkat Kebangsaan dan Pelan Bertindak Belia Malaysia atau MBM 10. Di peringkat negeri, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi SANYA pusat, dari tahun 1996 – 1998. Beliau memainkan peranan penting dalam usaha Majlis Belia Sabah menganjurkan untuk buat pertama kali konvokesyen Belia Sabah kali Pertama pada tahun 1998.

Pernah dilantik sebagai Exco Maksak Negeri Sabah selama dua penggal 1994 – 1998 dan sebagai Setiausaha Kelab Sukan dan Rekreasi, Kementerian Pembangunan Pertanian dan Industri Makanan Sabah dari tahun 1989 hingga 1995.Dalam bidang pertanian, selaku setiausaha Kehormat Persatuan Saintis Pertanian Sabah selama 4 penggal (1991 – 1999), banyak memberi sumbangan dalam penganjuran program – program/seminar/bengkel/kursus kepada masyarakat petani, penternak dan nelayan d seleruh Sabah. Pengalaman ini juga dikembangkan dalam organisasi K3P atau Komuniti Bestari.

Dalam pembangunan dakwah Islamiah, pada tahun 2003, telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau USIA, bagi tempoh 2003 – 2006. Beliau memainkan peranan penting dalam penganjuran Programan Menangani Masalah Gejala Sosial. Beliau pernah diberikan kepercayaan untuk menganggotai berbagai jawatankuasa kecil di peringkat Negeri, seperti salah seorang Panel Anugerah Maal Hijrah tahun 2005M, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pameran sempena Maulidur Rasul 1426H/2005M Peringkat Negeri Sabah dan menduduki Jawatankuasa Pembangunan Dakwah USAI yang merumus perancangan Pelan Strategik Gerakan-Memperkasa Dakwah USIA(Blue Print) 2005 – 2010.

Dalam konteks hubungan Malaysia dan Indonesia, beliau selaku Ketua PAPTI Sabah telah merintis usaha pertama menjalinkan semula hubungan yang terputus selama 30 tahun di antara Negeri sabah dan juga Institusi Pertanian Bogor atau IPB dengan termeterainya MOU diantara UMS dengan IPB Bogor pada 11 Februari 2008.

Melalui MOU tersebutlah pada 9 April 2008, Piagam Kerjasama IPB dan PAPTI Sabah ditandatangani yang menjrus kepada penghantaran semula secara rasmi calon pelajar dari Negeri Sabah ke IPB, melalui Ujian Seleksi yang diselenggarakan oleh IPB dengan Kerjasam PAPTI Sabah pada 21 dan 22 Jun 2009, akhirnya terpilih 48 orang calon pelajar dari Negeri Sabah untuk mengikuti Program Ijazah Kedoktoran vateriner, perikanan, Pertanian dan Perhutanan.

PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM ORGANISASI KEMASYARAKATAN DIPERINGKAT NEGERI, KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

Pernah dicalonkan sebanyak 2 kali sebagai Penerima Anugerah Tokoh Belia Negeri Sabah, pada tahun 2005 dan 2007 sebagai menghargai sumbangan beliau dalam pembangunan belia.

Selain itu,Sumbangan dalam pembangunan dakwah Islamiah diiktiraf sebanyak dua kali dicalonkan sebagai salah seorang calon penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah Tahun 1426H/2005M dan 1427H/2006M.

Dari segi aspek pembangunan belia, pernah mewakili Malaysia dalam Mesyuarat Belia DUnia di United Nations, New York pada tahun 1996 dan ANugerah Belia Dunia di Copenhagen, Denmark pada tahun 1995 anjuran World Asembly of Youth atau WAY. Beliau juga terpilih mewakili Malaysia ke Persidangan Antarabangsa Cendiakawan Dan Ulama Islam Sedunia di Jakarta Republik Indonesia pada 23 -25 Februari 2004. Pada 27 – 29 Jnuari 2009 sebagai salah seorang delegasi Malaysia dalam Seminar International Tajdid Pemikiran Islam di BUkittinggi, Sumatra Barat, anjuran Yayasan Dakwah Malaysia – Indonesia (YADMI).

Pernah dilantik sebagai salah seorang EXCO di peringkat kebangsaan dalam organisasi Badan Permuafakatan Pendidikan MARA atau MUAFAKAT, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Bg tempoh 2001 – 2003. Sekarang ini diberi kepercayaan menganggotai salah seorang ahli jawatankuasa Pendidikan Negeri mewakili PAPTI Sabah.

Sebagai menghargai jasa dan sumbangan beliau, Kerajaan Negeri Sabah telah menganugerahkan Bintang Setia Kinabalu (BSK) pada tahun 2001 dan Bintang Ahli Darjat Kinabalu (ADK) pada tahun 2005 oleh Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah

Sumber : VIDEO MENGENALI PAK BEN YS

Popularity: 5% [?]

Jan
0

Berakhirnya khidmat Tuan Haji Salsidu sebagai Presiden MPT

Hari ini, 15 Januari 2009.
Tugas sebagai Presiden MPT ( Hj Salsidu ) telah diserahkan kepada Tuan Ismail Mayakob. Tuan Haji Salsidu akan berpindah ke Jabatan Cetak (Kota Kinabalu) Sebagai Pengarah Jabatan Cetak. Kat cnie saya sertakan sedikit bibliografi beliau.

Tuan Haji Salsidu

Tuan Haji Salsidu telah dilahirkan di Pulau Bohey Dulang, di Semporna, pada 18 Sept 1955. Dia menerima pendidikan menengah awal nya di SMK ABDULLAH (dahulunya GSS SEMPORNA) di Semporna di mana beliau mendapat Sijil Pendidikan Junior (SPJ) Dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum bergerak ke Maktab Sabah untuk Higher School Certificate Education (HSC).

Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian tingginya di Universiti Indiana Negeri , di Terre Haunte, AMERIKA SYARIKAT, dan lulus sebagai Bachelor Sains dalam Ekonomi, dan kemudian meneruskan Master Sains dalam Ekonomi di universiti yang sama.


Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbiran Kanan di Negeri dan Perhubungan Pusat Unit Urusan pada 13 Feb 1991, sebelum dihantar ke Kuala Penyu sebagai Pegawai Daerah dari 9 Ogos 1994 hingga 12 September 1995, Pegawai Daerah Semporna dari 13 Nov 1995 hingga 1 Ogos 2000, sebelum dilantik sebagai Setiausaha Tetap Timbalan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat dan kemudiannya Presiden Majlis Perbandaran Tawau pada 28 Dis 2004 hingga 15 Jan 2009.Beliau akan di tukarkan ke Jabatan Cetak Negara di Kota Kinabalu sebagai Pengarah Jabatan Cetak (Kota Kinabalu).

Beliau telah dikurniakan dengan Jaksa Pendamai (Justice of Peace)(JP) Oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Sept Di 16 , 1996.

p / s 1:sila tinggalkan pesanan anda. Pujian, Kritikan (yg membina) dan lain – lain lagi. kemungkinan beliau akan tengok entry nieh..

p / s 2: Baru jak tadi ( dalam kul 10.10 pagi ) beliau menelefon saya. Beliau memesan kepada penulis. Supaya menjadi Blogger yang positif. Walaupun suaranya kedengaran agak happy, namun penulis dapat rasakan yang di hati beliau agak berat meninggalkan Tawau. (Perbualan agak rancak gak.. Dari Sms men sms.. smpi kol mengkol)

p / s 3:Beliau akan bertolak ke kota kinabalu pada hari ini. Menaiki flight pada pukul 2.40 Tengahari.

p / s 4:Penulis maw chow. Maw p airport… bye2

Popularity: 8% [?]