Dilarang Mencarut!.
tutup
Apr
0

Aku, Compact dan Photoshop

Semenjak,Duamenjak,Tigamenjak ni, AD semakin tergila – gila dengan minat AD iaitu gambar – mengambar. Mungkin untuk menghilang rasa mengidam dengan DSLR AD mula lagi berjinak dengan Adobe Photoshop. AD sekarang menggunakan kamera SAMSUNG NV24HD @ Kamera pinjam. Baru – baru ni, AD dan classmate DDC(Sains Komputer) Sem 1 dan Sem 2 keluar beriadah di Tanjung Aru Beach 2. Ketika ini, AD rasa bertuah kerana seperti memahami perasaan AD yang semakin menggila untuk mensnap. Namun, DiGi Broadband menghalang AD untuk menunjukkan hasil gambar yang belum diedit. Ok la. Sampai disana sahaja. AD pun ndak tahu apa yang mau di tulis :) Btw.. ahmaddon[dot]com berbaju baru lagi.

*Final Exam tak lama lagi. Doakan AD.
**Untuk melihat hasil snap AD, sila la ke album yang ada di Facebook AD

Popularity: 15% [?]

Apr
0

Perjumpaan dengan Ketua Pengarah JASA


Hari ini 14 April 2010 AD telah ke Hotel Le-Meridien untuk menghadiri satu perbincangan dengan JASA sambil breakfast pada jam 9 Pagi. AD telah diamanahkan untuk mencari blogger – blogger yang berada di KK. Satu cabaran kepada AD sebab AD masih baru di KK dan rakan blogger masih kurang. Oleh kerana Pengarah JASA Sabah Ustaz Haji Abd Manap telah mengamanahkan AD untuk mencari blogger di KK, AD pun dengan melakukan tugas yang diamanahkan itu sebaik mungkin. Wow. Memang sangat mencabar mencari blogger di KK. Iklan sana sini dan akhirnya AD dapat menjemput 5 orang blogger untuk menghadiri perjumpaan tersebut. Continue Reading…

Popularity: 20% [?]

Feb
0

Sains Komputer ( Teknologi Maklumat ) @ Kolej Yayasan Sabah

Apa itu sains komputer ? Secara umumnya adalah pengkajian perhitungan (computation) dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian. Seseorang yang pakar dalam bidang perkomputeran dipanggil Saintis Komputer. Ini adalah kerana sains komputer merupakan salah satu cabang daripada aliran sains.

Skop sains komputer masih tidak dapat dipisahkan dengan jelas memandangkan bidang ini meliputi aspek yang amat luas dalam kehidupan manusia dan skopnya akan terus berkembang selari dengan perkembangan kemajuan teknologi.

Kemajuan robotik semakin menyerapkan elemen – elemen sains komputer seperti kepintaran buatan untuk menjadikan sesebuah robot lebhi bijak. Bidang ini mendapat penawaran meluas di dalam universiti dalam dan luar negara memandangkan ia merupakan bidang yang menarik serta tempat yang meluas dalam industri. Continue Reading…

Popularity: 31% [?]