Sorry kepada pengunjung blog yang tak seberapa ini. Bulan ini AD sangat sibuk dan no idea untuk mengupdate blog. Jadi, malam ini (1 April 2010) AD ingin mengupdate blog ini walaupun idea itu kurang. Disini AD nak cerita apa yang AD buat dalam bulan MARCH ini. Jom mulakan
1st Week
Seperti biasa. Tiada yang istimewa. (d>.<b)
2nd Week
Saya berjumpa dengan Pak Ben di Secret Recipe. Ini lah kali pertama saya berjumpa dengan Pak Ben. Sebelum ini kami hanya berbual – bual melalui facebook. Tujuan asal perjumpaan terpaksa dirahsiakan. Tujuan lain perjumpaan itu ialah berbincang tentang Program Rekreasi dan Keilmuan di Jakarta – Jogjakarta – Bandung. Setelah berbincang tentang aktiviti, iklan, aturcara dan lain – lain. Setelah habis berbincang, AD pulang untuk membuat iklan serta aturcara untuk program rekreasi dan keilmuan dan Pak Ben meluangkan masa dengan keluarga. Dalam minggu itu, AD sibuk untuk membuat aturacara dan iklan. Bukan mudah untuk membuat iklan. Banyak yang perlu diubah mengikut kehendak dan citarasa Pak Ben. Namun, AD tetap bersemangat untuk membuat iklan tersebut kerana ianya merupakan tanggungjawab yang diamanahkan (untuk melihat hasilnya, sila ke entri sebelumnya). Dihujung minggu, AD berada di Sandakan untuk hadir ke majlis perkahwinan Mohd Bashar(Mamat) dan Noorlizah(Miow) di Sri Taman. Seperti biasa, AD menjadi jurugambar dan jurukamera ketika itu.
* Sangat gembira sebab dapat berjumpa dengan salah seorang mentor ku.
3rd Week
Mengumpul segala informasi yang diperlukan oleh client – client. Walaupun mereka belum membayar tapi ada lebih baiknya AD bersedia untuk mengumpul segala info dan data yang diperlukan. Dalam masa 3 minggu AD mengumpul info dan data untuk 3 orang client
4rd week
Minggu keempat ini banyak ujian kehidupan yang AD hadapi. AD berjaya mengharungi segala ujian tersebut. Ujian 1, masalah percintaan. Tak perlu la nak huraikan sebab peribadi.hehe. Ujian 2, masalah di Kolej Yayasan sabah(KYS). Pengurusan KYS yang lembab dan tidak teratur menyebabkan ramai pelajar kolej tersebut menghadapi masalah termasuklah AD sendiri. Maaf jika rasa tersindir kepada staff KYS tapi inilah kenyataan dan inilah realiti. Ceritanya bermula apabila nama AD disebut belum membayar Royalti. AD terkejut sebab AD telah membayar royalti ketika waktu pendaftaran. Selepas habis kuliah, AD ke pejabat HEP. Di HEP, HEP kata pergi ke Akaun. Di Akaun, mereka kata Royalti kena buat draf bank. Kalau sudah bayar masa pendaftaran, itu tidak termasuk. Duit yang telah anda bayar ditolak kedalam hutang. Dalam hati AD, Wah, masa pendaftaran kata boleh bayar royalti sekali tapi sekarang lain pula ceritanya. Ini tak boleh jadi. AD menelefon Kakak AD. Selepas itu, setelah Abang ipar AD berurusan di HEP, semuanya selesai. Syukur~. Namun, AD kesian melihat rakan – rakan lain yang bayar royalti masa pendaftaran dan membuat draf bank lagi. Alangkah ruginya. Kemudian pada hari Khamisnya, AD menghantar borang Pinjaman Yayasan Sabah(PYS). Setelah semuanya lengkap AD dengan yakinnya menghantar borang PYS tersebut tetapi malangnya borang PYS dikembalikan kerana tidak lengkap. AD berkata, kenapa pula tidak lengkap ? mengikut check list di sini semua saya telah sertakan. Mereka memberikan satu checklist baru dan mengatakan surat akuan penjaga perlu ada, sijil kokum dan surat akuan pendapatan. OMG! Surat akuan pendapatan ? apa guna salinan kad pencen yang telah disertakan ? dan.. kenapa mereka tidak sertakan awal – awal checklist yang baru ? Malamnya AD pulang ke Sandakan. Perkara utama AD pulang ke Sandakan sebab Abang sepupu AD bertingkuang tapi perkara utama terpaksa di tukar ke mengurus borang PYS. Nasib lah sebelum ini AD ada temujanji dengan YB Sukau. Dapatlah AD meminta pengesahan pendapatan. Kemudian, pada hari Sabtu. Buka sahaja mata terus jalan untuk membuat surat akuan sumpah penjaga dan balik kerumah bersiap untuk ke rumah sepupu dan pulang ke rumah pada jam 5 untuk menyediakan slideshow untuk party sebelah malam. Memang sangat penat hari itu.
*Sangat tension ketika ini
5th week
Minggu ini juga ada masalah tentang borang PYS. Borang dikembalikan atas sebab tiada surat akuan dibawah penjagaan ? AD terblank. Apa gunanya Surat Akuan Penjaga itu ? kenapakah perlu lagi buat dibawah penjagaaan ? Oh! Tidak. Sungguh cerewet. Sedangkan AD dulu memohon PTPTN tidaklah serumit ini. AD pergi la ke Wisma Muis untuk membuat surat Akuan Sumpah di persuruhjaya Sumpah. Pesuruhjaya Sumpah itu pun blank sebab tidak pernah dibuat yang anak membuat surat pengakuan dibawah penjagaan penjaga. Yang biasa dibuat ialah Penjaga yang membuat pengakuan. Mahu tidak mahu terpaksa la juga la buat walaupun ianya merupakan kes pertama yang pernah dihadapinya.
Borang dihantar dan setakat ini belum lagi ada tanda – tanda borang itu bermasalah. Adios~ AD nak berkemas. AD nak balik kampung sebab abang sepupu kahwin. Banyak betul saudara yang kahwin tahun ini.
*Normal
Popularity: 24% [?]
![Ahmaddon[dot]Com (AD)](http://www.ahmaddon.com/wp-content/uploads/2010/04/logo-copy.png)






gud..nice job adk….
best citer ko don.. huhuhu.. susah nya lahh hidup mu… bah.. bgs2x jak ko sana arr.. rindu ma ko..